Now Reading
Niat Murni Jadi Tragedi. Wanita Maut Dirempuh Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Niat Murni Jadi Tragedi. Wanita Maut Dirempuh Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Suhaila Zainol Abidin, 45, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Niat baik seorang wanita bertukar tragedi apabila dia dikatakan telah dirempuh kereta ketika ingin membantu mangsa kemalangan.

Kejadian berlaku di Solaria Residences, Jalan Tun Dr Awang, George Town, Pulau Pinang kira-kira jam 11:20 malam.

Mangsa, Suhaila Zainol Abidin, 45, maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Memetik laporan, turut dilaporkan meninggal dunia adalah penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar, 33. Manakala pemandu kereta dan adik ipar kepada Suhaila cedera parah.

Arwah ingin bantu motor kemalangan dirempuh

Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh Faizal yang menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ter­babas sendiri dan terjatuh di atas jalan di lorong kanan.

Suhaila dan adik iparnya yang kebetulan berada di lokasi kejadian cuba untuk membantu Faizal pada ketika itu.

Namun, niat tersebut akhirnya bertukar tragedi.

Kredit: Media Mulia/Kosmo

Menurut saksi, muncul sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 25 tahun gagal mengelak te­lah melanggar ketiga-tiga mereka sebelum kereta terbalik akibat hilang kawalan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian. Manakala pemandu kereta dan seorang lagi mangsa dilaporkan cedera parah.

Kesemua ­mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Suami datang lihat isteri terbaring berlumuran darah

Adik ipar mang­sa, Nor Azrina Abdul Rahim menjelaskan ketika kejadian, Suhaila sedang menunggu di tepi jalan selepas keretanya rosak ketika dalam perjalanan pulang.

Oleh itu, suami Suhaila telah datang ke lokasi sebelum beredar untuk mendapatkan bantuan membaiki kenderaan.

Namun, sebaik sampai, suaminya mendapati isterinya sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut Nor Azrina, pada pertemuan tera­khirnya dengan Suhaila minggu lalu, kakak iparnya itu kerap menyebut dia akan pergi jauh dan mereka mungkin tidak dapat bersua lagi selepas ini.

Apabila dimaklumkan dia maut ketika membantu orang, memang saya percaya kerana dia merupakan individu yang suka menolong sesiapa sahaja.

Adik ipar mang­sa, Nor Azrina Abdul Rahim menerusi Kosmo.

Suhaila meninggalkan dua cahaya mata berusia sembilan dan 15 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superinten­dan Kamarul Rizal Jenal, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd