Now Reading
Harga Kit Ujian Kendiri Kini Serendah RM6.90

Harga Kit Ujian Kendiri Kini Serendah RM6.90

Namun, ada juga beberapa premis lain seperti KK Mart yang menjualnya pada harga RM6.60 seunit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dulu kalau nak buat ujian Covid-19, mesti terpaksa habiskan beratus-ratus ringgit.

Walaupun agak mahal, tetapi kena juga buat demi melindungi kesihatan diri dan orang di sekeliling. Kenalah jadi individu yang bertanggungjawab, betul tak?

Kini, anda tak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membuat ujian tersebut selepas wujudnya kit ujian kendiri.

Nak buat sendiri dekat rumah pun boleh.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan harga borong dan harga runcit Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 masing-masing dijual pada harga RM16 dan RM19.90.

Namun, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan harga tersebut bakal dikurangkan selepas mengambil kira kepentingan rakyat dan semua pihak yang terlibat.

Harga kit ujian kendiri diturunkan pada RM6.90 seunit

Memetik laporan Astro Awani, kit ujian kendiri itu kini boleh didapati pada harga serendah RM6.90 sahaja.

Kit ujian kendiri itu boleh dibeli di beberapa premis tertentu seperti di pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak terpilih.

Pastinya ini berita baik bagi pengguna memandangkan keadaan semasa dan keperluan untuk ujian kendiri dijalankan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Walaupun KPDNHEP mengumumkan harga seunit kit itu adalah RM6.90, namun ada juga beberapa premis lain seperti KK Mart menjualnya pada harga yang lebih murah iaitu RM6.60.

Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memudahkan pengguna bagi mendapatkan kit ujian tersebut sekaligus dapat menggalakkan masyarakat untuk melindungi diri daripada wabak Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd