Now Reading
6 Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun Atas Kes Zulfarhan

6 Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun Atas Kes Zulfarhan

12 lagi pesalah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada tahun 2017 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kes tersebut bermula apabila mangsa dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju berhubung kehilangan sebuah komputer riba.

Seminggu selepas mangsa diperlakukan seperti itu, dua orang pelajar UPNM menghantar mangsa ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat.

Sehari selepas itu, saksi terlihat mangsa sudah kaku dan terus dibawa ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.

19 pesalah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi

Kredit: Sinar Harian

Pada Januari 2018, perbicaraan dimulakan dengan memanggil 31 saksi termasuklah Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr. Salmah Arshad untuk memberi keterangan.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa pada Jun 2017 menyebabkan 19 bekas penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan bersubahat dan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kes pembelaan pula bermula pada Oktober 2019 dengan melibatkan 19 bekas penuntut UPNM yang terlibat.


Terdahulu, enam daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh serta bersubahat sehingga didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pembelaan tersebut telah membebaskan seorang daripada mereka iaitu Muhammad Akmal Akif Alias selepas terlepas daripada tuduhan tersebut.

30 September yang lalu merupakan tarikh akhir penghujahan kes pembelaan sebelum keputusan muktamad dikeluarkan oleh mahkamah pada 2 November.

18 bekas penuntut UPNM didapati bersalah

Kredit: Sinar Harian

Memetik laporan Berita Harian, enam bekas penuntut UPNM dilepaskan daripada hukuman gantung dan dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini (2 November).

Hukuman itu diberikan selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Dalam masa yang sama, 18 pesalah itu dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas didapati bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd