Hanya 3% Ahli KWSP Mempunyai Wang Mencukupi Untuk Bersara – KWSP
Lebih daripada separuh ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hanya 3% daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mampu untuk bersara.
Bernama melaporkan bahawa perkara ini dikaitkan dengan pengeluaran wang ketika Covid-19 yang telah menjejaskan simpanan mereka.
Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein berkata bahawa pengeluaran i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra telah mengurangkan jumlah wang di dalam akaun KWSP mereka.
Beliau berkata menjelang hujung akhir tahun, sekitar 54% ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000.
Nurhisham juga memaklumkan bahawa mereka yang mengeluarkan simpanan tersebut perlu bekerja selama empat hingga enam tahun untuk menampung semula jumlah itu.
Walaupun dengan Covid-19, 80% lelaki dan 90% wanita di Malaysia akan mencapai umur 60 tahun manakala satu pertiga lelaki serta dua pertiga wanita bakal mencapai umur 80 tahun. Kami menganggarkan hanya 3% sahaja rakyat Malaysia yang mampu untuk bersara.
Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein.
Beliau berkata majoriti individu yang mengeluarkan simpanan mereka apabila mencapai umur 55 tahun cenderung untuk membelanjakan kesemuanya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Astro Awani melaporkan bahawa kira-kira RM101 bilion telah disalurkan kepada 7.4 juta ahli melalui kemudahan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memberitahu walaupun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli yang terlibat, namun hal itu telah menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
Daripada jumlah itu, kira-kira 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.
Kekurangan jumlah simpanan itu lebih membimbangkan ahli Bumiputera kerana 78% atau lebih tiga perempat telah memohon pengeluaran kemudahan tersebut. Oleh disebabkan itu, 4.4 juta atau 54% ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dan 2 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.