Now Reading
Zoo Negara Cari Zoo Keeper. Siapa Nak Kerja?

Zoo Negara Cari Zoo Keeper. Siapa Nak Kerja?

Anda berumur 18 hingga 30 tahun dan memiliki sijil SPM? Boleh cuba mohon kerja di Zoo Negara. Yang penting, sukakan haiwan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pihak Zoo Negara kini membuka peluang pekerjaan buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja.

Antara kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah:

  • Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai kemahiran pemerhatian yang baik.
  • Mampu berinteraksi dengan pengunjung.
  • Rajin dan berperwatakan positif.
  • Boleh bekerja di persekitaran luar dan secara berkumpulan.
  • Boleh bekerja pada hujung minggu & cuti umum.

Jika anda jenis yang sukakan haiwan, bolehlah mohon kerja di Zoo Negara.

Hari-hari boleh tengok haiwan dan jaga mereka. 😀

Jangan risau, seperti peluang pekerjaan lain – kerja sebagai Zoo Keeper pun ada faedah yang ditawarkan, contohnya:

  • Elaun Dobi.
  • Makan.
  • Panel Klinik.
  • Insurans dan sebagainya.

Jika berminat, anda dihendaki mengemukakan curriculum vitae terperinci, gambar terkini, gaji semasa dan gaji baharu, serta nombor telefon untuk dihubungi.

Boleh hantarkan setiap butiran melalui e-mel ke hrd@zoonegaramalaysia.my.

Goodluck! 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd