Vaksin Pfizer Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 12 Tahun – KJ
Panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun selepas penelitian agensi berkenaan mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan pembelian vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Pihak KKM akan juga akan meneliti pilihan bekalan vaksin lain yang berada di pasaran seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak.

Menerusi keputusan panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesyorkan suntikan Pfizer bagi individu berusia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak. Kita juga akan meneliti pilihan bekalan lain seperti Sinovac.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter.
82.4% of our adolescents partially vaccinated. 62% fully vaccinated. This will mean #ReopeningSchools safely. With FDA panel recommending Pfizer jab for 5-12 yo, Malaysia will go forward with our procurement of Pfizer for kids. We will also look at other options like Sinovac. https://t.co/0HbEo4S0PJ pic.twitter.com/TgqnkFvOdr
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 28, 2021
FDA syorkan vaksin Pfizer
Selasa lalu (26 Oktober), panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Perkara tersebut adalah selepas penelitian mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.
Memetik laporan, menerusi PICK Remaja – Malaysia merintis usaha pemberian suntikan vaksin kepada golongan terbabit yang berusia antara 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.
Khairy turut menyatakan keyakinan terhadap keputusan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka selepas liputan pemberian vaksin dalam kalangan remaja semakin meluas.
Sebanyak 82.4% daripada remaja di negara ini menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos, manakala 62% mendapat dos lengkap.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Jelasnya lagi, ini bermakna #PembukaanSemulaSekolah adalah secara selamat.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.