Now Reading
Facebook Kini Dipanggil ‘Meta’

Facebook Kini Dipanggil ‘Meta’

Aplikasi seperti Facebook, Messenger, Instagram dan beberapa platform lain kekal beroperasi seperti biasa di bawah aplikasi Meta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Facebook kini dikenali sebagai Meta selepas CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut ketika di majlis Facebook Connect baru-baru ini.

Aplikasi seperti Facebook, Messenger, Instagram dan beberapa platform lain kekal beroperasi seperti biasa di bawah aplikasi Meta.

Penjenamaan ini untuk memberi fokus kepada segmen dunia meta yang disebut sebagai ‘Metaverse’.

Selain itu, penjenamaan tersebut diperlukan kerana organisasi berkenaan tidak hanya mengendalikan Facebook, malah turut menjadi pengendali kepada platform media sosial yang lain.

Dengan perubahan ini, Mark Zuckerberg percaya bahawa dunia meta akan menjadi evolusi baharu kepada dunia Internet.

Penjenamaan ini turut dimuat naik di laman Instagram @wearemeta.

Memperkenalkan Meta – nama baharu syarikat Facebook. Meta membantu untuk membina ‘metaverse’, tempat di mana kita semua berhubung secara 3D. Selamat datang ke dunia baharu hubungan sosial. Nama aplikasi yang kami cipta iaitu Facebook, Instagram, Messenger dan Whatsapp akan kekal sama.

Meta menerusi Instagram.

Penjenamaan Meta ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di ruangan komen posting berkenaan.

Kredit: Instagram/wearemeta
Kredit: Instagram/wearemeta

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd