Now Reading
Parti MUDA & Barisan Nasional Dikompaun Kerana Ingkar Larangan Berhimpun

Parti MUDA & Barisan Nasional Dikompaun Kerana Ingkar Larangan Berhimpun

Barisan Nasional dikompaun RM10,000 manakala Parti MUDA pula dikompaun sebanyak RM4,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah menguatkuasakan larangan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 24 Oktober sehingga 27 November.

Larangan ini dilakukan melihat kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal menjelang pada 20 November akan datang.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, beliau memberitahu berdasarkan pemantauan yang dilakukan bahawa penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia mempunyai kait rapat dengan aktiviti perhimpunan sosial.

Oleh disebabkan itu, sebarang aktivti majlis sosial termasuklah penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya adalah tidak dibenarkan.

Individu atau pihak penganjur boleh dikenakan tindakan seperti dikompaun atau pendakwaan di mahkamah sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Barisan Nasional dikenakan kompaun kerana ingkar larangan membuat perhimpunan sosial

Memetik laporan daripada Kosmo, Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun RM10,000 di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kepada Barisan Nasional kerana telah melanggar SOP Fasa Empat bagi penganjuran majlis sosial.

Kompaun itu dikeluarkan selepas tular beberapa keping gambar pihak Barisan Nasional melakukan majlis pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara ini juga dikongsikan oleh KKM menerusi laman Twitter rasmi mereka.

Parti MUDA turut dikompaun RM4,000

Pada hari yang sama juga, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana melakukan kesalahan sama dengan mengadakan sidang akhbar di Bandar Hilir, Melaka.

Kredit: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad memaklumkan bahawa tindakan tersebut terpaksa diambil kerana perhimpunan itu menyukarkan penjarakan fizikal.

Selari dengan larangan berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dikeluarkan bermula Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.

Pihaknya sebelum itu telah menasihati penganjur sidang media berkenaan untuk menghentikan aktiviti tersebut tetapi tidak dihiraukan.

Rakyat rasa kompaun berat sebelah

Namun, ada sesetengah individu yang membalas di tweet KKM tersebut dengan meluahkan rasa kurang senang dengan kompaun kedua-dua belah pihak yang dikatakan seperti berat sebelah.

Kredit: Twitter/KKMPutrajaya
Kredit: Twitter/KKMPutrajaya
Kredit: Twitter/KKMPutrajaya

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd