Now Reading
Malaysia Bakal Lakukan Kajian Klinikal Vaksin Sinovac Kepada Kanak-kanak Bawah 12 Tahun

Malaysia Bakal Lakukan Kajian Klinikal Vaksin Sinovac Kepada Kanak-kanak Bawah 12 Tahun

Kajian ini melibatkan 10 lokasi iaitu lapan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kadar vaksinasi meilbatkan golongan dewasa di Malaysia telah berjaya mencapai 94.8% sehingga semalam (26 Oktober).

Vaksinasi untuk golongan remaja bawah 18 tahun iaitu 12 hingga 17 tahun juga telah mula diberikan sejak September lalu di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.

Setakat ini, hanya vaksin Pfizer sahaja diberikan kepada golongan ini.

Proses mendapatkan vaksinasi itu sama seperti golongan dewasa iaitu melalui temu janji yang ditetapkan ataupun dengan cara walk-in di mana-mana PPV.

Kredit: Astro Awani

Kadar vaksinasi remaja di Malaysia juga dikatakan antara yang terpantas di dunia berbanding dengan negara-negara yang lain.

Kini kerajaan mula memberi fokus pula kepada vaksinasi kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Bakal lakukan kajian klinikal vaksin Sinovac kepada kanak-kanak bawah 12 tahun

Laporan Astro Awani memaklumkan Malaysia telah dipilih sebagai salah satu negara yang bakal menjalankan kajian klinikal Fasa Tiga vaksin Sinovac kepada golongan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Kajian yang dijangka bermula hujung bulan ini melibatkan 10 lokasi iaitu lapan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang turut memberitahu bahawa kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinikal Malaysia (CRM) dan Institut Penyelidikan Klinikal.

Beberapa kajian klinikal juga sedang dijalankan di peringkat global.

Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin Covid-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.

Sebelum ini, China telah meluluskan dua vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm untuk diberikan kepada individu berumur tiga hingga 17 tahun bagi tujuan kecemasan.

Kajian klinikal fasa satu dan dua yang pernah dijalankan mendapati vaksin itu selamat untuk digunakan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd