Now Reading
Dah Divaksin Di Luar Negara? Sijil Digital Boleh Dapat Kat MySejahtera

Dah Divaksin Di Luar Negara? Sijil Digital Boleh Dapat Kat MySejahtera

Pastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik boleh dibaca dengan jelas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau anda sudah divaksinasi di luar negara dan bercadang untuk pulang ke Malaysia, pastikan segala butiran penting telah direkodkan dalam MySejahtera.

Buat masa sekarang, hanya individu yang sudah lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan memasuki premis kedai dan dine-in di restoran.

Dengan adanya MySejahtera membuatkan urusan untuk keluar masuk lebih mudah kerana aplikasi ini merekodkan status vaksinasi lengkap dan dalam masa sama boleh digunakan untuk daftar masuk dan daftar keluar dari premis yang dikunjungi.

Mudah sahaja untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital melalui MySejahtera. Segala proses boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.

Ini langkah yang anda perlu ikuti:

  1. Tekan butang ‘Helpdesk’ di aplikasi MySejahtera.
  2. Klik pada Pilihan N iaitu ‘Saya telah divaksin di luar negara dan ingin mendapatkan sijil vaksinasi di MySejahtera’.
  3. Masukkan maklumat vaksinasi anda dengan betul.
  4. Muat naik gambar kad atau dokumen vaksinasi anda. Nama, nombor kad pengenalan dan maklumat vaksinasi mestilah boleh dibaca dengan jelas.

Pastikan anda menyemak semula untuk memastikan segala butiran maklumat diisi dengan betul.

Anda juga diminta untuk elakkan daripada memuat naik dokumen dan gambar yang tidak berkaitan.

Sekiranya anda didapati memberi maklumat palsu, anda boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd