Now Reading
Singapura Buka Pintu Terima Pelancong Dari Malaysia & Lebih Kelonggaran

Singapura Buka Pintu Terima Pelancong Dari Malaysia & Lebih Kelonggaran

Kesemua yang tiba menerusi senarai Kategori III juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR sewaktu ketibaan dan hanya perlu menjalani ujian PCR pada tarikh akhir tempoh Stay-Home-Notice (SHN).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bermula Rabu ini (27 Oktober), pelancong dari Malaysia akan dibenarkan memasuki Singapura.

Kesemua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Stay-Home-Notice (SHN). di Singapura bermula 27 Oktober 2021.

Menurut Singapore Multi-Ministry Taskforce (MTF), peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia serta ahli keluarga itu dibuat secara menyeluruh tanpa mengira status vaksin dan sejarah perjalanan.

Malaysia kini di bawah Kategori III

Kredit: Hafzi Mohamed/TMR

Memetik laporan Astro Awani, Singapura kini menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini.

Oleh itu, mengenai prosedur saringan – mereka yang tertakluk dalam kuarantin kategori III tidak perlu menjalani ujian saringan Antigen Rapid Test (ARTs) pada hari ketiga dan ketujuh selepas tiba di negara itu.

Ini termasuk mereka yang tiba bermula 22 Oktober 2021.

Semua yang tiba menerusi senarai Kategori III juga tidak perlu menjalani saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) sewaktu ketibaan dan hanya perlu menjalani ujian PCR pada tarikh akhir tempoh SHN.

Walau bagaimanapun, bagi Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang dikeluarkan Ministry of Manpower (MOM) Singapura, mereka mungkin perlu mematuhi beberapa peraturan dan syarat tambahan.

Negara di bawah Kategori III

Selain Malaysia, negara lain yang berada dalam Kategori III adalah:

  • Kemboja.
  • Mesir.
  • Hungary.
  • Indonesia.
  • Israel.
  • Mongolia.
  • Qatar.
  • Rwanda.
  • Samoa.
  • Seychelles.
  • Afrika Selatan.
  • Tonga.
  • Emiriah Arab Bersatu.
  • Vietnam.

Untuk rekod – Singapura melaksanakan penetapan empat kategori negara atau rantau pada Ogos lalu dengan kadar vaksinasi populasi sesebuah negara atau rantau menjadi asas untuk menentukan langkah kawalan di sempadan.

Setakat Ahad (24 Oktober) 11:59 malam, Malaysia telah mencatatkan 94.6% jumlah populasi dewasa yang lengkap vaksinasi.

Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini terkini mengenai perjalanan ke Singapura, lawati https://safetravel.ica.gov.sg.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd