Now Reading
Malaysia Bakal Benarkan Kemasukan Pelancong Dari 10 Negara – Menteri Pelancongan

Malaysia Bakal Benarkan Kemasukan Pelancong Dari 10 Negara – Menteri Pelancongan

Jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskannya, perkara ini dijangka bermula bulan hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia dilihat bakal membenarkan kemasukan pelancong asing yang lengkap vaksinasi daripada 10 buah negara.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini.

Nancy berkata dalam wawancara eksklusif bersama Nikkei Asia bahawa cadangan ‘travel bubble’ itu akan membolehkan pelancong ke Langkawi dan beberapa bahagian di Johor pada bulan hadapan.

Namun, perkara itu akan mula dibenarkan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kami telah bercadang untuk membuka sempadan untuk kemasukan pelancong antarabangsa ke Langkawi sebagai percubaan untuk mereka dari 10 negara termasuk negara ASEAN dan beberapa buah negara yang lain. Secara peribadinya, saya menyasarkan perkara itu dapat dilaksanakan pada pertengahan bulan hadapan kerana kita perlu berikan masa yang secukupnya kepada pihak seperti syarikat penerbangan dan juga hotel.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri.

Negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Filipina juga telah mula melonggarkan sekatan bagi membenarkan kemasukan pelancong.

Malaysia juga dikatakan ingin turut serta bagi menaikkan semula industri pelancongan yang terjejas sebelum ini.

Sekatan perjalanan juga telah dilonggarkan oleh kerajaan Malaysia dengan membenarkan rakyat melakukan perjalanan merentas negeri selepas kadar vaksinasi negara sudah mencapai sasaran 90%.

Aktiviti pelancongan domestik turut dilihat kembali meningkat sejak kerajaan membenarkan travel bubble ke Langkawi pada 16 September yang lalu.

Nancy memberitahu bahawa kementeriannya memberi cadangan supaya pelancong yang sudah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani tempoh kuarantin tetapi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat akan diumumkan.

Saya telah mengadakan rundingan bersama pegawai saya yang berada di luar negara dan mereka juga bersetuju agar tidak mewajibkan tempoh kuarantin. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia dan pelancong. Oleh disebabkan itu, kami tidak mahu merosakkan percutian dengan meminta mereka untuk berkurung di dalam bilik hotel. Tetapi dalam masa yang sama ujian saringan yang dilakukan dengan kerap adalah kunci utama kepada semua ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, usaha untuk menaikkan semula industri pelancongan negara dilihat sangat penting kerana sektor ini menyumbang 15.9% kepada Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) pada tahun 2019.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd