Now Reading
Baru Nikah 1 Bulan & Sedang Hamil, Isteri Maut Dicekik Suami Ketika Tidur

Baru Nikah 1 Bulan & Sedang Hamil, Isteri Maut Dicekik Suami Ketika Tidur

Suspek yang berusia 26 tahun itu berjaya diberkas di satu lokasi kebun kelapa sawit ketika cuba melarikan diri ke Palembang dengan bantuan seorang rakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, pengguna media sosial digemparkan oleh satu kes menyayat hati yang berlaku di Indonesia di mana seorang wanita dikenali sebagai Ella Andinie ditemui meninggal dunia di rumahnya.

Mayat mangsa ditemui oleh adiknya di sebuah rumah di Bangka Selatan pada pagi Rabu (20 Oktober) lalu setelah dipercayai dibunuh oleh suami mangsa iaitu Muhammad Rafly yang berasal dari Aceh.

Menurut sumber laporan, mangsa dikatakan telah dicekik ketika tidur di atas katil bilik rumah tersebut.

Lebih mengejutkan, mangsa juga dipercayai sedang hamil anak pertama selepas pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 7 September lalu.

Suspek diberkas pihak berkuasa

Polis Daerah Bangka Selatan Indonesia, Joko Isnawan berkata suspek yang berusia 26 tahun itu berjaya diberkas di satu lokasi kebun kelapa sawit ketika cuba melarikan diri ke Palembang dengan bantuan seorang rakan.

Pada pagi kejadian sekitar jam 10 pagi, adik mangsa iaitu Bibi ternampak suspek keluar dari bilik sebelum meninggalkan rumah berkenaan untuk menghantar barang. Curiga mangsa tidak keluar dari bilik kerana sudah hampir tengah hari, Bibi terkejut apabila menemui jasad kakaknya terbaring di atas katil.

Polis Daerah Bangka Selatan Indonesia, Joko Isnawan.

Hasil siasatan turut mendapati bahawa suspek didapati positif dadah jenis syabu dan dipercayai tidak puas hati selepas terbaca mesej perbualan di telefon bimbit mangsa bersama seorang lelaki dan menganggap mangsa berlaku curang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd