Now Reading
Dos Ketiga: Penerima Sinovac Boleh Ambil Pfizer Bermula Hari Ini, 22 Oktober

Dos Ketiga: Penerima Sinovac Boleh Ambil Pfizer Bermula Hari Ini, 22 Oktober

Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara SUKARELA dan PERCUMA di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 11 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu bahawa petugas barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi bakal menerima dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19.

Menurut KKM, golongan berisiko tinggi adalah warga emas dan individu menghidap penyakit kronik.

Dua golongan ini akan diberikan keutamaaan terlebih dahulu.

BACA SINI: Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Akan Diberi Bermula Minggu Ini – KJ

Penerima Sinovac boleh ambil Pfizer

Dalam perkembangan yang sama, KKM telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan – perlaksanaan pemberian dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac yang layak akan dimulakan hari ini (22 Oktober) secara berfasa di seluruh negara.

Jelas Khairy lagi, dos penggalak secara heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan) itu akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas.

Ini berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober lalu. Pemberian dos penggalak secara heterologous adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian (subgroup) dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) dan kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC), iaitu bagi semua penerima dos penggalak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui Harian Metro.

Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara SUKARELA dan PERCUMA di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Objektif

Menjawab persoalan mengenai objektif pemberian dos penggalak – Khairy menjelaskan ini bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima diperoleh oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

Ini supaya tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan Covid-19. Terdahulu, pelaksanaan pemberian dos penggalak dimulakan di seluruh negara pada 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui Harian Metro.

Pemberian dos penggalak ini juga akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon berdaftar bagi individu tidak mempunyai MySejahtera.

Kaedah janji temu pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Malah, tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat janji temu melalui sistem yang sedang dibangunkan oleh KKM.

Buat masa ini pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu dengan keutamaan kepada anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan individu dengan komorbid.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui Harian Metro.

Untuk rekod, sehingga 19 Oktober 2021 – seramai 47,728 individu sudah menerima dos penggalak.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd