Now Reading
[Video] Anggota Bomba Dihanyut Arus Deras Meninggal Dunia Ketika Bertugas

[Video] Anggota Bomba Dihanyut Arus Deras Meninggal Dunia Ketika Bertugas

Jenazah anggota bomba tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong, Melaka pada 10 pagi, hari ini (21 Oktober).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dilaporkan lemas ketika sedang bertugas dalam misi menyelamat di Sungai Putat, Melaka.

Mangsa, PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh telah disahkan meninggal dunia pada jam 3:11 pagi tadi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Dalam kejadian sekitar 4 petang semalam, mangsa dipercayai lemas apabila tergelincir sebelum ditolak arus deras ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi menyelamatkan 14 mangsa yang terperangkap di anjung sebuah rumah.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain, pihak mereka turut merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut.

Jenazah difahamkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pada 10 pagi, hari ini (21 Oktober).

Video insiden tersebut juga dilaporkan telah mula tular di media sosial.

Team TRP mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Innalillahiwainnailaihirojiun.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four − 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd