Now Reading
Pantai Hospital Ampang Tawar Pemeriksaan Kesihatan Umum PERCUMA Buat Para Wanita

Pantai Hospital Ampang Tawar Pemeriksaan Kesihatan Umum PERCUMA Buat Para Wanita

Pakar kesihatan yang bertugas akan mengesyorkan pemeriksaan serta rawatan sesuai dengan keperluan anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pantai Hospital Ampang (PHA) menawarkan pemeriksaan kesihatan umum secara percuma kepada orang ramai dan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya melindungi kesihatan wanita.

Booth tersebut bakal dibuka bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2021, bertempat di lobi Pantai Hospital Ampang sendiri.

Menurut pihak PHA, risiko menghidap penyakit – termasuk barah dilihat meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, penyakit obesiti juga semakin meningkat; diet yang banyak mengandungi makanan diproses; dan tahap tekanan darah tinggi.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa pemeriksaan awal sangat penting untuk pencegahan. Sekiranya terdapat anomali kesihatan, pengesanan awal adalah kunci untuk merawat dengan cepat dan berjaya.

BACA JUGA: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini

Terdapat pelbagai jenis pemeriksaan di booth tersebut. Oleh itu, seorang pakar kesihatan akan mengesyorkan apa yang paling sesuai dengan keperluan anda – dengan mengambil kira usia dan faktor risiko; seperti obesiti, merokok, pengambilan alkohol dan sejarah keluarga.

Wanita berusia 20-an dan 30-an disarankan untuk menjalani pap smear biasa. Mereka dapat membantu mengesan penyakit kelamin (STD); kanser serviks; dan jangkitan. Sebenarnya, lebih daripada 90% kes barah serviks bermula sebagai jangkitan HPV – yang dapat dirawat dengan mudah jika dikesan pada tahap pre-cancerous.

Dr Ong Syl Fyn, Doktor Pemeriksaan Kesihatan Pantai Hospital Ampang.

Dr Ong menambah bahawa untuk kategori usia ini, mereka disyorkan untuk melakukan ultrasound payudara berbanding mamogram.

Seterusnya, buat para wanita yang mengalami haid tidak teratur atau mereka yang ingin memulakan keluarga harus mempertimbangkan ultrasound pelvis untuk mencari fibroid rahim yang agak biasa.

Bergantung kepada kedudukan dan ukuran fibroid, ia boleh mempengaruhi kesuburan wanita.

Sementara itu, wanita berusia 40-an dan ke atas harus memilih kombinasi mamogram dan ultrasound payudara. Bagi wanita selepas menopaus, risiko hipertensi dan masalah jantung juga akan meningkat.

Kesimpulannya, tanpa mengira usia – adalah sangat penting untuk anda menjalani pemeriksaan biasa dan membolehkan pakar kesihatan membimbing serta mengesyorkan rawatan terbaik buat anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi PHA di talian WhatsApp mereka: +60 18-312 2117.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd