Now Reading
Lembaga Tabung Haji Sumbang 80 Katil Tilt Elektronik Bernilai RM2 Juta

Lembaga Tabung Haji Sumbang 80 Katil Tilt Elektronik Bernilai RM2 Juta

Sumbangan itu sebahagian daripada Program Zakat Tabung Haji bagi meringankan tanggungan hospital-hospital KKM khususnya untuk merawat pesakit berpendapatan rendah dan golongan asnaf yang memerlukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menerima Penyerahan Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia dari Lembaga Tabung Haji (TH) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), semalam (20 Oktober).

Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menyumbang sejumlah 81 unit katil tilt elektronik bernilai RM2 juta bagi menambah keperluan katil ICU di hospital-hospital terpilih yang ditentukan oleh KKM di seluruh negara.

Program Zakat

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
(Kredit: KKM)

Sumbangan TH ini adalah salah satu dari program zakat TH khusus untuk membantu meringankan tanggungan hospital-hospital seluruh Malaysia dalam usaha merawat para pesakit terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan golongan asnaf yang memerlukan.

Pemberian katil dari TH bukan sahaja akan digunakan di unit-unit ICU di hospital seluruh negara tetapi juga di unit rawatan risiko tinggi (HDU – High Dependency Unit); kubikel akut serta wad-wad biasa yang amat penting dalam menguruskan kes-kes bukan Covid-19 dalam fasa endemik nanti yang tertangguh selama ini.

Kredit: KKM

Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia itu diserahkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin oleh Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin dalam satu majlis sederhana di Putrajaya semalam.

Hadir bersama – Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi dan Timbalan Menteri Kesihatan II Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Sri Syed Salleh Syed Abdul Rahman.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd