Now Reading
Demi Lindungi Privasi, Shopee Keluarkan Nombor Telefon Pembeli Dari AWB

Demi Lindungi Privasi, Shopee Keluarkan Nombor Telefon Pembeli Dari AWB

Kemaskini terbaharu ini hanya melibatkan kurier daripada J&T Express dan Ninja Van sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak bermulanya pandemik, memang ramai mula membeli barang secara atas talian. Antara platform yang digunakan adalah seperti Shopee.

Boleh dikatakan hampir semua jenis barang dijual di Shopee dan harganya pun boleh tahan murah.

Jualan promosi pada setiap bulan adalah yang paling ditunggu-tunggu kerana banyak potongan harga ditawarkan kepada pembeli.

Sampai ada yang dah jadi ‘hantu’ Shopee tau.

Tahu-tahu je barang dah sampai depan rumah.

Shopee keluarkan nombor telefon pembeli untuk lindungi privasi

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini nombor telefon pembeli akan dipaparkan pada setiap Airway Bill (AWB).

Baru-baru ini, Shopee memaklumkan di laman web bahawa mereka tidak akan lagi memaparkan nombor telefon pembeli pada Airway Bill (AWB) sebagai langkah untuk melindungi privasi pembeli.

Kredit: Shopee

Kaedah itu akan bermula pada hari ini (21 Oktober) dan melibatkan syarikat kurier J&T Express serta Ninja Van.

Ini bermakna hanya AWB untuk kurier Pos Laju dan City-Link Express sahaja yang akan memaparkan nombor telefon pembeli.

Difahamkan, kaedah AWB tanpa nombor telefon pembeli ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh syarikat penghantaran yang lain sejak 13 September lalu.

Kredit: Shopee

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana privasi pembeli diganggu oleh pihak kurier selepas selesai penghantaran bungkusan barang dilakukan.

Macam mana pihak kurier nak maklumkan pada pembeli jika barang dah sampai?

Jangan risau, pihak kurier masih boleh lagi menghubungi pembeli menerusi sistem sewaktu penghantaran dilakukan.

Selain itu, pihak Shopee juga menasihati orang ramai untuk menyemak semula AWB anda untuk memastikan kesemua maklumat lengkap dan tepat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd