Now Reading
PdPR Masih Perlu Diteruskan, Jelas Menteri Pendidikan

PdPR Masih Perlu Diteruskan, Jelas Menteri Pendidikan

Radzi Jidin menjelaskan perkara ini penting untuk pelajar sentiasa mengekalkan hubungan dengan guru.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih perlu diteruskan walaupun sebahagian besar pelajar kini sudah mula memasuki sekolah bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menjelas perkara itu mengambil kira sistem penggiliran pelajar yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

Walaupun PdPR tidak dilakukan setiap hari, namun ia penting untuk memastikan pelajar sentiasa bersama dengan guru masing-masing.

Bagaimanapun, PdPR ketika ini berbeza sedikit iaitu ia menjurus kepada persediaan bahan yang diperlukan oleh pelajar, terutama perkara yang sukar difahami sebelum mereka memasuki sekolah dan mengikuti sesi PdP secara bersemuka. PdPR satu pendekatan yang perlu dilakukan supaya pelajar itu dapat berterusan bersama guru bagi mengikuti pembelajaran mereka walaupun bukan setiap hari, namun begitu penting untuk sentiasa ada hubungan dengan guru.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin melalui Berita Harian.

Beliau turut menyentuh mengenai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir susulan musim tengkujuh akhir tahun ini dan mengganggu sesi PdP. Tambahnya lagi, pihak kementerian akan membuat persiapan sewajarnya berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

Kita tidak menafikan kemungkinan akan ada kawasan atau sekolah tertentu yang akan terdedah kepada kejadian banjir. Namun, tindakan kita akan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa bagi menghadapi musim tengkujuh supaya sesi persekolahan berjalan dengan baik tanpa gangguan sehingga ke hujung penggal ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin melalui Berita Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 6 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd