Now Reading
Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Hingga RM5,000 & Penjara 12 Bulan – PDRM

Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Hingga RM5,000 & Penjara 12 Bulan – PDRM

Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, segelintir individu ‘degil’ dilihat berbasikal dan dipercayai turut mengganggu lalu lintas pengguna jalan raya yang lain, terutamanya di lebuh raya.

Aktiviti berbasikal secara berkumpulan juga dilihat sering dilakukan tanpa kebenaran. Malah, ada yang berani melakukan aksi yang membahayakan diri serta orang lain.

Menyelit sana-sini. Tak sayang nyawa agaknya.

BACA SINI: Geng Basikal Dikecam Selepas Dilihat Berani Tunggang Tepi Lori. Bahaya!

Paling membimbangkan, ada juga yang tidak memakai pakaian lengkap ketika waktu malam. Ataupun, memakai pakaian gelap.

Bukan itu sahaja, banyak lagi gelagat membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain setakat ini.

PDRM beri amaran

Susulan hal itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru mengeluarkan kenyataan di mana pihak mereka melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan. Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim kepada Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, beliau menjelaskan bahawa penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Tambahnya, Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.

Kredit: Harian Metro

JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advokasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim kepada Harian Metro.

Jelasnya lagi, polis tidak menghalang aktiviti berbasikal – tapi mereka harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

71 kes kematian melibatkan penunggang basikal

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: The Sun Daily)

Berdasarkan rekod, sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal sejak Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes kematian. Manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.

Justeru itu, pihak polis menasihati penunggang basikal supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.

Penunggang juga digesa supaya memilih lokasi dan masa sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelak tempat sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta mengundang risiko kemalangan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd