Now Reading
Plan Nak Pergi Pantai Timur? Waspada Dengan Ribut & Banjir – MET Malaysia

Plan Nak Pergi Pantai Timur? Waspada Dengan Ribut & Banjir – MET Malaysia

Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri yang paling terjejas berikutan Monsun Timur Laut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jika anda merancang untuk berkunjung ke Kelantan, Terengganu atau Pahang dalam beberapa bulan akan datang, sila ambil perhatian bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan hujan lebat dan berkemungkinan akan berlaku banjir di negeri-negeri tersebut.

Jabatan itu memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut 2021/2022 diramal bakal bermula pada awal November 2021 dan berakhir pada bulan Mac 2022.

Dalam tempoh ini, mereka memaklumkan akan ada empat hingga enam episod hujan lebat serta banjir besar dijangka berlaku ketika fasa awal Monsun Timur Laut dari November 2021 sehingga Januari 2022.

Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah yang akan paling terjejas dengan episod hujan lebat dijangka berlaku antara November hingga Disember.

Hujan di selatan turun pada bulan Disember

Sementara itu, episod hujan lebat dijangka akan lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak dari Disember 2021 sehingga Januari 2022.

Namun, angin sejuk yang kuat juga boleh mempengaruhi keadaan cuaca di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pantai timur akan menerima hujan paling banyak sepanjang musim ini

MET Malaysia memberitahu bahawa hujan dijangka turun paling banyak ketika musim tengkujuh pada bulan November dan Disember 2021 di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini dijangka menerima hujan melebihi purata antara 450 mm sehingga 1000 mm.

Sementara itu, untuk Januari sehingga Mac, secara umumnya semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan pada tahap yang normal kecuali di kawasan pedalaman dan barat Sarawak serta timur Sabah yang dijangka akan menerima purata hujan lebih banyak sedikit berbanding biasa pada bulan Januari iaitu antara 350 mm sehingga 950 mm.

Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kredit: Facebook Malaysian Meteorological Department

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd