Now Reading
Malaysia Sedia Masuk Fasa Endemik – Dr Noor Hisham

Malaysia Sedia Masuk Fasa Endemik – Dr Noor Hisham

Endemik memberi maksud kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar stabil serta rendah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setelah sekian lama rakyat Malaysia ‘berperang’ dengan virus Covid-19 sejak tahun lalu – kini situasi dilihat semakin pulih khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi, kapisiti hospital, dan sebagainya.

Apa yang lebih melegakan rakyat adalah ketulusan pihak kerajaan buat masa kini dilihat memberikan kemas kini terperinci mengenai situasi semasa di Malaysia melalui laman COVIDNOW.

(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Barulah tiada mana-mana pihak yang tertanya dan buntu.

Onto the next chapter!

Malaysia kini menunjukkan kesediaan untuk memasuki fasa endemik.

Untuk pengetahuan umum, endemik memberi maksud kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar stabil serta rendah.

Sebagai contoh penyakit endemik di Malaysia adalah denggi.

Trend penurunan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sehingga 10 Oktober – seramai 24,963,595 individu mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19 sekali gus seiring dengan pengumuman Perdana Menteri.

Setakat hari ini (12 Oktober) sebanyak 90.4% daripada populasi dewasa menerima suntikan vaksin lengkap manakala sebanyak 65.6% daripada keseluruhan penduduk lengkap vaksin.

Laporan Utusan menjelaskan bahawa secara keseluruhan pihak KKM mendapati trend menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Melihat kepada ME ke-40 iaitu tempoh seminggu bermula daripada 3 Oktober lalu, terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 yang dilaporkan berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 iaitu penurunan sebanyak 23.6%. Penurunan ini juga berlaku secara konsisten sejak enam minggu kebelakangan berdasarkan ME ke-34 iaitu sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40, penurunan 21.0% berbanding ME ke-39. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui Utusan.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan Malaysia merekodkan 700 kes kematian dengan purata 100 kes kematian sehari pada ME ke-40 iaitu penurunan 50.2% berbanding ME ke-39.

Manakala 778 kes yang memerlukan rawatan di ICU dengan penurunan 9% berbanding ME ke-39 dan 331 kes yang memerlukan bantuan pernafasan iaitu penurunan sebanyak 11.2% berbanding ME ke-39).

Bagi penurunan nilai R-Naught (Rt), sebanyak 0.2% bagi setiap hari.

Penggunaan katil hospital menurun

Dalam perkembangan sama, terdapat sebanyak 16,199 buah katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU telah diperuntukkan bagi merawat pesakit Covid-19 dan daripada jumlah tersebut – sebanyak 8,164 buah katil yang digunakan sepanjang ME ke-40 berbanding minggu sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 5%.

Manakala sebanyak 16,912 katil digunakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang menyaksikan penurunan sebanyak 3% berbanding minggu sebelumnya.

Penggunaan katil ICU pula, sebanyak 831 katil iaitu penurunan sebanyak 7% berbanding ME ke-39 dan sebanyak 1,267 buah alat bantuan pernafasan awam yang digunakan iaitu penurunan sebanyak 3% daripada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui Utusan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd