Now Reading
Speaker Benar Ahli Parlimen Cabut Pelitup Muka Waktu Berbahas

Speaker Benar Ahli Parlimen Cabut Pelitup Muka Waktu Berbahas

Melalui ujian saringan RTK Antigen dan RT-PCR, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan tiada individu dalam perkarangan Parlimen yang didapati positif Covid-19 sepanjang persidangan kali ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kelonggaran untuk Ahli Parlimen menanggalkan pelitup muka ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat kini diberikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Keputusan tersebut dicapai setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaksanakan penilaian risiko di Parlimen.

Bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas berucap.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Tiada kes positif di Dewan Rakyat

Melalui ujian saringan RTK Antigen dan RT-PCR, beliau berkata tiada individu dalam perkarangan Parlimen yang didapati positif Covid-19 sepanjang persidangan kali ini.

Untuk rekod, Pada 14 September lepas beliau pernah berkata kesemua Ahli Parlimen tidak dibenarkan menanggalkan pelitup muka ketika bercakap atau berbahas serta menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda.

Perkara tersebut berikutan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di bangunan Parlimen bagi mengekang penularan wabak Covid-19 serta memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat.

Berikutan kebenaran menanggalkan pelitup muka itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 – tanpa memakai pelitup muka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd