Now Reading
Sijil Vaksinasi Covid-19 Kini Boleh Dimuat Turun & Dicetak

Sijil Vaksinasi Covid-19 Kini Boleh Dimuat Turun & Dicetak

Kemas kini baharu MySejahtera ini hanya tersedia untuk pengguna iPhone sahaja. Android dan Huawei kena tunggu dulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apabila keadaan pandemik kian beransur pulih, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walau bagaimanapun dilihat terus melaporkan kes baru setiap hari di laman web COVIDNOW.

Namun, kesemua butiran mengenai kes akan dimuat naik pada lewat petang dan bukan lagi jam 2 petang seperti sebelum ini.

KJ umum sijik vaksinasi boleh dimuat turun dan dicetak

Pada hari Sabtu lalu (9 Oktober), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membalas satu tweet di mana seorang pengguna MySejahtera dilihat berjaya memuat naik sijil vaksinasi Covid-19 dalam bentuk PDF dan boleh dicetak untuk memudahkan urusan merentas negeri atau negara.

KJ menegaskan bahawa kemas kini terbaharu ini akan menjadikan urusan lebih mudah dan menjimatkan masa orang ramai untuk memohon perjalanan merentas negeri atau ke luar negara.

Beliau turut menambah bahawa sijil vaksinasi digital yang dikemas kini mengandungi tarikh lahir pengguna dan setiap pengguna MySejahtera dapat memuat turun sijil mereka dalam format PDF.

Walau bagaimanapun, kemas kini ini hanya boleh didapati untuk pengguna iPhone. Pengguna Android dan Huawei perlu menunggu seketika untuk kemas kini ini tersedia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd