Now Reading
Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Akan Diberi Bermula Minggu Ini – KJ

Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Akan Diberi Bermula Minggu Ini – KJ

Pemberian dos ketiga akan diberikan kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Petugas barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi bakal menerima dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 bermula minggu ini.

Golongan berisiko tinggi adalah seperti warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semasa wawancara eksklusif bersama Astro Awani baru-baru ini.

Dua golongan diutamakan terlebih dahulu

Pemberian dos ketiga akan diberikan kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun di mana mereka tidak dapat mencapai tahap optimum dengan hanya dua dos vaksin sahaja.

Manakala, dos penggalak pula akan diberikan kepada mereka yang sudah cukup dua dos tetapi tahap imuniti terhadap Covid-19 semakin berkurang selepas beberapa tempoh masa.

Jadi garis panduannya, enam bulan selepas dos kedua sudah boleh diberi dos penggalak dan kita akan mula beri pada minggu ini kepada golongan petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk pemberian dos ketiga dan dos penggalak.

Peralihan ke fasa endemik serta pembukaan sempadan negeri merisaukan beliau terhadap golongan yang berisiko tinggi.

Jadi sangat penting untuk mereka dapat dahulu, yang dewasa lain Insya-ALLAH kita akan bagi selepas kumpulan ini

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd