Now Reading
Penduduk Kedah Sumbang Kes Positif Covid-19 Di Perlis

Penduduk Kedah Sumbang Kes Positif Covid-19 Di Perlis

Pihak polis juga akan memantau dan melakukan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk masuk ke Perlis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (7 Oktober), Perlis melaporkan kes positif tiga digit di mana 200 kes telah direkodkan.

Perkara itu telah menjadi tanda-tanya kerana sebelum ini negeri tersebut hanya mencatatkan kes bawah 200 – ataupun paling normal adalah dua digit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa kes jangkitan harian Covid-19 di Perlis didapati melonjak ke paras tertinggi akibat aktiviti rentas negeri secara haram.

Kredit: Sayuti Zainuddin/Malay Mail

Oleh disebabkan itu, Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat menjelaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk Kedah yang sengaja merentas negeri tanpa kebenaran polis sehingga menyebabkan peningkatan kes positif di Perlis.

Menurut laporan, pihak polis memandang serius isu ini dan akan bekerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan tahap pematuhan SOP dipatuhi.

Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif Covid-19 di Perlis.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat melalui Harian Metro.

Tambahnya lagi, sekiranya ada penduduk di Kedah didapati merentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan Covid-19 di negeri itu, pihak polis tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun.

Pantau jalan ‘tikus’

Selain itu, pihak polis juga akan memantau dan melakukan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk masuk ke Perlis.

Ini kerana pihak berkuasa menjelaskan mereka tidak menolak kemungkinan individu tidak bertanggungjawab akan mengelak sekatan jalan raya dengan menggunakan laluan tikus untuk masuk ke Perlis.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd