Now Reading
Bomba Beri Amaran Gelombang Besar & Ombak Di Pantai Port Dickson

Bomba Beri Amaran Gelombang Besar & Ombak Di Pantai Port Dickson

Pemantauan berskala mengikut data pasang surut air laut Port Dickson setiap pagi dan petang – terutama di kawasan kunjungan ramai kini sedang dilakukan oleh pihak bomba.

Perhatian buat warga Port Dickson.

Cuti hujung minggu ini mesti ada yang sudah merancang nak ke pantai Port Dickson untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan atau keluarga.

Tetapi, ada sesuatu yang anda perlu tahu sebelum meneruskan rancangan tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dengan keadaan air pasang dan gelombang besar berikutan fasa Monsun Timur Laut.

Beliau juga berkata pihaknya akan memastikan pengunjung peka ketika melakukan aktiviti di kawasan pantai Port Dickson.

Kami membuat pemantauan berskala mengikut data pasang surut air laut Port Dickson setiap pagi dan petang, terutama di kawasan kunjungan ramai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan.

Peralatan Menyelamat telah dipasang

Walau bagaimanapun, pihak bomba telah memasang Peralatan Menyelamat (LiSA) bagi menambah baik ciri-ciri keselamatan dan kempen kesedaran kepada pengnjung pantai Port Dickson.

Peralatan keselamaatan tersebut termasuklah peti siren, pelampung, jaket keselamatan, tali beg buang dan peti pertolongan cemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson itu berharap agar pengunjung pantai dapat menjaga kemudahan keselamatan yang disediakan oleh pihak mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd