Now Reading
Hanya Tiga Kes Kematian Semasa Covid-19 Direkod Semalam, 5 Oktober

Hanya Tiga Kes Kematian Semasa Covid-19 Direkod Semalam, 5 Oktober

Daripada jumlah angka korban Covid-19 di Malaysia, sebanyak 5,398 kes adalah Brought-In-Dead (BID) atau pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa hanya tiga kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (5 Oktober).

Kesemuanya membabitkan mangsa yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan iaitu kes Brought-In-Dead (BID).

Menurut laporan, sepanjang tempoh sama, KKM merekodkan 117 kes kematian daripada kes tertunggak – menjadikan kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kini mencecah 26,876 kes.

Kredit: COVIDNOW

3 kes kematian di tiga negeri berbeza

Berdasarkan data yang dikongsi oleh KKM menerusi laman COVIDNOW, tiga kes kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam adalah dilaporkan di tiga negeri yang berbeza iaitu Pahang, Perak dan Terengganu.

Secara keseluruhannya, daripada jumlah angka korban di negara ini, sebanyak 5,398 kes BID atau pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Kementerian Kesihatan Malaysia.

KKM turut melaporkan 135,945 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini dengan 110,462 (81.3%) daripada mereka menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selebihnya, 16,394 kes (12.1%) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (8,243), Unit Rawatan Rapi (ICU) selain pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (441) serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (405).

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd