Now Reading
Guru Akan Terima Tindakan Disiplin Jika Tak Divaksin Sebelum 1 November

Guru Akan Terima Tindakan Disiplin Jika Tak Divaksin Sebelum 1 November

Setakat ini sebanyak 388,897 orang guru telah melengkapkan suntikan vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pihak kerajaan akhirnya mengeluarkan kenyataan di mana tindakan disiplin akan dikenakan ke atas guru-guru yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Perkara itu ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan memberi waktu sehingga 1 November 2021 ini sahaja.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon menggesa guru-guru di seluruh Malaysia untuk mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang keliru dengan perkara ini boleh melihat secara terperinci termasuk hukuman yang akan diberikan kepada mereka yang gagal.

Tindakan akan diambil terhadap guru-guru ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurut laporan The Star, setakat ini seramai 388,897 orang guru telah melengkapkan suntikan vaksin.

Guru yang tidak mahu menerima vaksin dengan alasan masalah kesihatan perlu menghantar laporan kesihatan yang disahkan oleh pegawai kesihatan di hospital kerajaan.

Laporan juga perlu dihantar kepada ketua jabatan mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd