Now Reading
Buat Swab Test Dulu Baru Balik Kampung – KJ

Buat Swab Test Dulu Baru Balik Kampung – KJ

Hanya 1.6% sahaja lagi diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Individu yang berada di kawasan berisiko tinggi dan terdedah dengan jangkitan Covid-19 dinasihati untuk melakukan swab test secara berkala sebelum pulang ke kampung halaman.

Nasihat tersebut diberikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi tweet yang dimuat naik di laman Twitter rasminya baru-baru ini.

Katanya lagi, ingatan tersebut diberikan kepada orang ramai lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri akan dibenarkan dalam masa terdekat.

Menerusi laporan Kosmo, hanya 1.6% sahaja lagi diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Sementara Kementerian Kesihatan Malaysia telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan tidak boleh lagi memantau semua perkara seperti melakukan sekatan jalan raya bagi memeriksa status vaksinasi seseorang.

Kini semuanya terletak pada tanggungjawab serta tingkah laku masing-masing.

Saya percaya kita boleh mendepani cabaran ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd