Now Reading
Bekas Pengerusi Prasarana Bakal Dilantik Sebagai Duta Indonesia?

Bekas Pengerusi Prasarana Bakal Dilantik Sebagai Duta Indonesia?

Tajuddin Abdul Rahman juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdapat kemungkinan besar bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mungkin dilantik sebagai duta negara untuk negara Indonesia.

Laporan The Star memaklumkan bahawa terdapat spekulasi bahawa pengumuman akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini tetapi ahli parlimen berkenaan enggan memberi sebarang komen ketika dihubungi media.

Tak berapa elok untuk saya mengulas mengenai perkara ini. Jadi, saya tak mahu.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menerusi The Star.

Baru-baru ini, The Edge melaporkan bahawa Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang telah dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, wakil UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi Prasarana dan terpalit dengan kontroversi gara-gara kenyataannya mengenai insiden di antara dua kereta api pada 24 Mei lalu.

Jawatannya digugurkan setelah Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa surat penamatan telah ditandatangani oleh Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd