Now Reading
Travel Bubble Sumbang Kes Positif Covid-19 Di Langkawi

Travel Bubble Sumbang Kes Positif Covid-19 Di Langkawi

149 individu yang mengunjungi Kedah menerusi Travel Bubble Langkawi didapati positif Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Travel bubble di Langkawi dilanda jangkitan Covid-19 selepas pihak berkuasa mengesan kes baharu di pulau tersebut.

Sebuah resort hotel terkemuka di Pulau Langkawi menghentikan operasi buat sementara waktu selepas 59 daripada staf mereka didapati positif pada 4 Oktober lalu.

Menerusi laporan daripada Astro Awani, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN), Dr Othman Warijo memaklumkan bahawa semua kes jangkitan itu dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang dikategorikan dalam kelompok kluster tempat kerja.

Setakat ini, 249 individu menjalani ujian dengan 59 daripadanya didapati positif, 192 negatif dan 3 lagi masih menunggu keputusan.

Beliau memaklumkan kluster tersebut melibatkan pekerja tempatan serta ahli keluarga mereka yang rapat.

Siasatan awal yang dilakukan oleh JKN Kedah mendapati penularan jangkitan itu disyaki adalah dari kalangan masyarakat yang kemudiannya merebak ke tempat kerja.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan di laman Twitter miliknya bahawa MySejahtera telah membuat pengesanan secara automatik dan menghantar 73 notifikasi hubungan kasual kepada individu yang mendaftar masuk di hotel berkenaan.

Tambah beliau, inilah yang dikatakan sebagai norma baharu dan pihak kementerian akan menambah baik pemberitahuan kontak kasual dan rapat.

149 positif setakat ini di Langkawi, kata Dr Noor Hisham

Dalam berita yang berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 149 individu yang mengunjungi Kedah menerusi Travel Bubble Langkawi didapati positif Covid-19.

Menurut laporan Malay Mail, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa setakat ini 186 individu dikenalpasti sebagai kontak rapat.

Secara keseluruhannya, 40,458 individu telah menjalani ujian sepanjang tempoh program tersebut bermula dari 16 September.

Sebelum ini, program Bubble disebutkan sebagai kejayaan besar oleh Lembaga Pembangunan Langkawi berdasarkan kedatangan pelancong serta jumlah keuntungan yang diterima.

NST melaporkan bahawa industri pelancongan pulau tersebut telah berjaya menjana keuntungan sebanyak RM 15.97 milion sejak 16 September sehingga 30 September.

Kredit: Kementerian Kesihatan

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd