Now Reading
Tempoh Reman Wanita Dera Kanak-kanak Austisme Ditambah 3 Hari Lagi

Tempoh Reman Wanita Dera Kanak-kanak Austisme Ditambah 3 Hari Lagi

Suspek merupakan warganegara asing berusia 51 tahun ditahan polis di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini telah tular satu kes penderaan di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang yang dikatakan hanya menerima kanak-kanak autisme.

Seorang kanak-kanak istimewa telah dikasari akibat tidak mahu makan dan perkara tersebut disedari oleh bapa mangsa Tengku Aminuddin Shafiq apabila mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan anaknya.

Terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya, dia membuat keputusan untuk meluahkan segalanya melalui perkongsian di laman Facebook yang kini telah meraih perhatian orang ramai.

Laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa dan tangkapan juga telah dilakukan ke atas suspek susulan laporan yang diterima.

Suspek merupakan wanita warga Singapura

Kredit: Kosmo

Seorang suspek warga Singapura berusia 51 tahun disyaki terlibat dalam kes dera tersebut. Suspek juga dipercayai merupakan individu yang telah memarahi dan menyeret mangsa di lantai ketika berada di pusat asuhan itu.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata tempoh reman wanita berusia 51 tahun itu sepatutnya berakhir hari ini (5 Oktober) telah disambung selama tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

Tempoh reman suspek yang juga pengurus pusat asuhan tersebut akan disambung selama tiga hari sehingga 8 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak melalui Kosmo.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd