Now Reading
Tak Boleh Divaksin? Anda Boleh Mohon Sijil Khas Di MySejahtera – KJ

Tak Boleh Divaksin? Anda Boleh Mohon Sijil Khas Di MySejahtera – KJ

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan permohonan tersebut boleh dilakukan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perhatian buat rakyat Malaysia.

Buat individu yang tidak boleh mengambil suntikan vaksin atas faktor kesihatan, kini anda boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejarahtera.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan permohonan tersebut boleh dilakukan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.

Anda boleh datang ke sana dengan mengemukakan borang khas slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19.

Pengecualian tersebut hanya diberikan kepada individu yang mempunyai masalah penyakit tertentu yang telah pun disahkan oleh pakar perubatan.

Yang pertama adalah pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan ataupun pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jika permohonan sudah lengkap serta menepati syarat ditetapkan, pemohon bakal memperolehi sijil digital tersebut melalui aplikasi MySejahtera dalam tempoh seminggu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd