Now Reading
Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri & Negara Mulai Disember Nanti (Atau Mungkin Lebih Awal)

Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri & Negara Mulai Disember Nanti (Atau Mungkin Lebih Awal)

My Travel Pass pun tak akan diperlukan lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pihak kerajaan kini dilihat memberi bayangan bahawa perjalanan merentas negeri dan sempadan antarabangsa akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mensasarkan untuk memberi kebenaran buat warga Malaysia melakukan perjalanan bebas di dalam dan luar negara pada bulan Disember 2021 – setelah Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90% untuk orang dewasa.

PM menjelaskan bahawa ianya mungkin juga boleh dipercepatkan dan pelancong mungkin tidak akan disekat lagi untuk melintasi sempadan negara.

Beliau juga mengatakan bahawa setelah Malaysia bersedia, warga Malaysia yang ingin melancong ke luar negara juga tidak perlu lagi memohon sistem MyTravelPass (MTP).

Sepanjang krisis Covid-19, kerajaan hanya membenarkan individu yang tertentu – seperti mereka yang pergi bekerja, belajar atau berjumpa pasangan mereka di luar negara – untuk melakukan perjalanan di luar Malaysia.

Namun, disebutkan bahawa pelancong luar negara masih perlu dikuarantin sesuai dengan protokol kesihatan Covid-19 selama perjalanan mereka.

Angka terbaru yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menunjukkan bahawa Malaysia kini telah mencapai tahap vaksinasi hampir 88% populasi dewasa.

KJ turut memberitahu bahawa majoriti golongan remaja di Malaysia telah menerima vaksinasi dos pertama setakat ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd