Now Reading
Nampak Ada Yang Tak Patuh SOP? Boleh Report Melalui Aplikasi MySejahtera

Nampak Ada Yang Tak Patuh SOP? Boleh Report Melalui Aplikasi MySejahtera

Jangan lupa sertakan juga bukti gambar bila nak buat aduan dekat pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Masyarakat kini lebih mudah untuk terus membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memperkenalkan fungsi baharu pada aplikasi MySejahtera yang membolehkan pengguna untuk membuat aduan dengan beberapa langkah mudah.

Melalui perkongsian di laman Twitter rasmi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, beliau menunjukkan video ringkas untuk menunjukkan cara-cara aduan tersebut boleh dilakukan.

Aplikasi MySejahtera versi bahasa Melayu akan memaparkan butang ‘Aduan’ yang akan membolehkan pengguna memilih jenis perlanggaran yang ingin dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Kredit: Xuan

Kemudian, pengguna perlu memberi lokasi kejadian berlaku sebelum memuat naik gambar sebagai bahan bukti.

Menerusi laporan malaysiakini, pembaharuan ini dilakukan sejurus Khairy Jamaluddin memerintahkan pembangun aplikasi ini untuk mengemaskini MySejahtera.

Saya telah meminta pembangun aplikasi MySejahtera untuk membuat sedikit kemas kini tetapi ciri itu sudah tersedia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menggesa masyarakat untuk menggunakan kemudahan terbaharu itu bagi melaporkan sebarang perlanggaran SOP di kawasan sekitar.

Jika anda menyaksikan ada yang tidak mematuhi SOP, sila laporkan segera di MySejahtera.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

BACA JUGA: Tak ‘Check Out’ MySejahtera, Tak Apa Ke?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd