Now Reading
Selepas Pfizer, Sinovac Pula Diluluskan Untuk Remaja Bawah 18 Tahun

Selepas Pfizer, Sinovac Pula Diluluskan Untuk Remaja Bawah 18 Tahun

Sebelum ini, hanya vaksin Pfizer sahaja dibenarkan untuk golongan bawah 18 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelulusan penggunaan vaksin CoronoVac keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd Malaysia kepada remaja berumur 12 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, jenama vaksin tersebut hanya diluluskan penggunaannya dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

Credit: Unsplash

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan perkara berkenaan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan penggunaan vaksin Sinovac untuk golongan remaja bawah 18 tahun itu diberikan kepada mereka tanpa komorbiditi serta mempunyai masalah kesihatan untuk menerima vaksin Pfizer.

Bagaimanapun PBKD menyarankan agar penggunaan vaksin CoronoVac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada mereka tanpa komorbiditi dan yang yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kredit: @kementeriankesihatanmalaysia/Facebook

Kelulusan bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dari masa ke masa.

Perkara ini dilakukan untuk membandingkan manfaat dan risiko vaksin tersebut kekal positif.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd