Now Reading
Nak Teman Isteri Bersalin? Boleh, Tapi Suami Kena Lengkap Vaksin

Nak Teman Isteri Bersalin? Boleh, Tapi Suami Kena Lengkap Vaksin

Kalau nak teman isteri, kena pastikan dah buat ujian saringan Covid-19 dan sah positif, serta lengkap dua dos vaksin (14 hari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya telah mengumumkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk menemani isteri dalam wad bersalin.

KJ meminta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan kebenaran itu di kesemua hospital kerajaan.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan suami yang mahu menemani isteri dalam wad bersalin perlu menjalani ujian Covid-19 dan disahkan negatif – sebelum dibenarkan berbuat demikian.

Berikutan permintaan tersebut, Menteri Kesihatan juga telah mengeluarkan arahan untuk kebenaran itu secara rasmi melalui satu tweet.

Untuk rekod, sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan PKP bermula Mac tahun lalu akibat penularan Covid-19.

Rakyat tarik nafas lega

Hal ini juga membuatkan rakyat Malaysia mampu menarik nafas lega susulan kebenaran yang bakal diumumkan ini.

Mana tidaknya, isteri seorang diri ‘berjuang’ di dalam dewan bersalin tanpa suami di sisi. Untuk mereka yang berpengalaman, mungkin sudah biasa.

Tapi bagaimana pula untuk mereka yang pertama kali?

Tidak dinafikan, kelonggaran ini sememangnya besar buat segelintir rakyat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd