Now Reading
Ibu Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia Malam Tadi

Ibu Arwah Abam Bocey Meninggal Dunia Malam Tadi

Arwah akan disemadikan tanah perkuburan sama dengan Allahyarham Abam iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 10 Februari tahun lalu, Malaysia telah digemparkan dengan pemergian seorang penggiat seni iaitu Abam Bocey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mohktar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya dipercayai akibat demam panas.

Abam Bocey.

Inallah waina ilayhi raji’un.

Ibu arwah pergi menghadap Ilahi

Lewat malam semalam (30 September) kira-kira jam 11:54 pm, satu berita sedih telah diterima di mana ibu kepada arwah Abam Bocey pula dikhabarkan telah pergi untuk selamanya.

Menurut laporan Berita Harian, Sabariah Arshad, 64, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang.

Sabariah Arshad, ibu kepada arwah Abam Bocey.
(Kredit: Harian Metro)

Berita pemergian arwah dikongsi anggota kumpulan Bocey iaitu Achey selepas usaha mendapatkan Ali gagal apabila panggilan tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.

Saya dihubungi isteri ketika dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan kerja. Saya diberitahu keadaan kesihatan arwah sedang semakin merosot ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Achey.

Achey memberitahu bahawa arwah menghidap penyakit kencing manis, bergantung pada mesin dialisis dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Sebaik sahaja menghubungi Ali, dia memaklumkan arwah baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Arwah dimasukkan ke zon kritikal akibat serangan asma dan pelbagai komplikasi penyakit sejak Selasa lalu. Mendengar berita pemergian arwah, saya memutuskan untuk patah balik dan pergi ke hospital untuk menziarahi arwah dan Ali dan ahli keluarga untuk memberi kata semangat.

Arwah akan disemadikan tanah perkuburan sama dengan Allahyarham Abam iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat hari ini.


Inallah waina ilayhi raji’un.

Team TRP mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd