Now Reading
Amaran Hampir 1,000 Kawasan Bakal Terjejas Gangguan Air, Warga Selangor Mula Berang

Amaran Hampir 1,000 Kawasan Bakal Terjejas Gangguan Air, Warga Selangor Mula Berang

Air Selangor baru keluarkan kenyataan rasmi mengenai gangguan ini di laman Facebook mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perhatian buat rakyat Selangor.

Air Selangor baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal bermula jam 9.00 malam pada 13 Oktober 2021 dan dijangka pulih sepenuhnya pada 16 Oktober 2021.

Kerja-kerja pembaikan ini menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Hampir 1,000 kawasan di Selangor bakal terjejas termasuk di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Kalau nak tahu kawasan anda terjejas atau tidak, boleh rujuk senarai kawasan di laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Pelaksanaan kerja-kerja pembaikan ini tertangguh daripada jadual asal sejak tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Air Selangor menasihatkan orang ramai untuk menyediakan bekalan air secukupnya dan menggunakannnya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

Warga Selangor mula bengang

Berikutan terlalu kerap berdepan perkara yang sama, ramai netizen mula bengang dan mempersoalkan isu ketiadaan air di Selangor.

Kredit: Air Selangor/Facebook
Kredit: Air Selangor/Facebook

Untuk rekod, sebelum ini beberapa kawasan di Shah Alam juga pernah terjejas akibat gangguan bekalan air.

BACA JUGA: Gangguan Bekalan Air Di Shah Alam Melibatkan 6 Kawasan Ini


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd