Now Reading
Kapasiti Penuh Solat Jemaah Dibenarkan Bagi Surau & Masjid Di Kuala Lumpur Esok

Kapasiti Penuh Solat Jemaah Dibenarkan Bagi Surau & Masjid Di Kuala Lumpur Esok

Sebelum ini, hanya 500 jemaah dibenarkan untuk menunaikan Solat Jumaat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik buat warga Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Berkuat kuasa mulai esok (1 Oktober), kehadiran jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m).

Memetik laporan malaysiakini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baru itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malah, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd