Now Reading
Jangkitan Covid-19 Bawah 18 Tahun Naik 32 Kali Ganda

Jangkitan Covid-19 Bawah 18 Tahun Naik 32 Kali Ganda

KKM menjelaskan bahawa tahun lalu, kes membabitkan golongan bawah 18 tahun hanyalah sekitar 12,000 kes tetapi pada tahun ini meningkat kepada lebih 400,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan, jangkitan Covid-19 membabitkan golongan dewasa bawah 18 tahun merekodkan peningkatan lebih 32 kali ganda.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata statistik menunjukkan kira-kira 12,000 individu berusia bawah 18 tahun disahkan positif Covid-19 pada tahun 2020.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, perangkaan semasa berhubung kadar penularan jangkitan dalam kalangan golongan berkenaan melonjak kepada lebih 400,000 tahun ini.

Jika tahun lalu, kes membabitkan golongan bawah 18 tahun hanyalah sekitar 12,000 kes tetapi pada tahun ini, ia meningkat kepada lebih 400,000. Daripada jumlah itu, 252,569 membabitkan murid sekolah dan 42,831 kes adalah kenak-kanak prasekolah. Lebih membimbangkan, sebanyak 67 kes kematian dicatatkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

KJ turut berpesan bahawa hal ini merupakan tanggungjawab bersama untuk terus memastikan anak-anak terhindar daripada Covid-19 dengan memastikan persekitaran yang selamat buat mereka.

Vaksin sebagai ikhtiar

KJ menjelaskan kerajaan memulakan suntikan vaksin kepada golongan remaja antara umur 12 hingga 17 tahun sebagai suatu ikhtiar untuk melindungi mereka.

Ketika ini, lebih 30% daripada keseluruhan 2.5 juta sasaran vaksinasi remaja sudah menerima dos pertama mereka. Walaupun vaksinasi memberikan perlindungan daripada kesan buruk Covid-19, tetapi ianya belum cukup.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Antara langkah-langkah yang perlu diamalkan adalah:

  • Pemakaian pelitup muka sepanjang masa.
  • Membasuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.
  • Mengamalkan penjarakan fizikal.
  • Etika batuk dan bersin dengan betul.
  • Tidak hadir ke sekolah jika bergejala atau kontak positif.
  • Pastikan pengudaraan baik di sekolah.
  • Melaksanakan nyahcemar di sekolah.
  • Melaksanakan saringan di pintu masuk sekolah.

KJ berkata, rangkaian usaha sedemikian juga sebahagian persiapan warga sekolah dan ibu bapa sebelum anak mereka memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Pastikan anak-anak membudayakan cara hidup sihat dengan mempraktikkan hidup aktif, makan secara sihat dan selamat, memupuk minda yang sihat dan menjauhi amalan merokok.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Untuk rekod, hari ini (30 September) Malaysia telah mencatatkan 12,735 kes harian baharu.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,487 kes, diikuti Selangor (1,940), Johor (1,241) dan Kelantan (1,232).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd