Now Reading
85.1% Populasi Dewasa Lengkap Vaksin Setakat 28 September

85.1% Populasi Dewasa Lengkap Vaksin Setakat 28 September

Data terkini menunjukkan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kita masih belum menang, tapi sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dilihat telah melakukan tanggungjawab dengan mengambil suntikan vaksinasi Covid-19 bertujuan untuk mengekang penularan virus tersebut.

Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam (28 September) menunjukkan seramai 19,912,566 individu (85.1%) daripada populasi dewasa di negara sudah lengkap menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW, KKM memaklumkan sebanyak 94% (21,993,709) individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 33,050 (1.1%) daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin.

Setakat 28 September, 11:59 malam – jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd