Now Reading
Pulau Pinang Wajibkan Covid Test Untuk Bakal Pengantin, Wali & Saksi Nikah

Pulau Pinang Wajibkan Covid Test Untuk Bakal Pengantin, Wali & Saksi Nikah

Bagi kit ujian pantas antigen Covid-19, ianya perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berkuat kuasa hari ini (23 September), kesemua bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan Covid-19 – sekurang-kurangnya menggunakan kit ujian pantas antigen Covid-19 sebelum berlangsungnya akad nikah.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria menjelaskan bahawa wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan Covid-19.

Ianya sebagai usaha membendung penularan virus.

Kredit: Astro Awani

Bagi kit ujian pantas antigen Covid-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung. Akad nikah hanya dibenarkan di Pejabat Agama Daerah dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria melalui Berita Harian.

Manakala, bagi bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis.

Walau bagaimanapun, jika gagal (rentas daerah atau negeri), boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihak mereka.

Nikah diadakan dengan SOP ketat

Majlis akad nikah di PAD dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Hanya 10 pasangan dibenarkan setiap hari dengan 7 orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar sahaja.

Manakala, setiap sesi akan mengambil masa tidak lebih 30 minit.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd