Now Reading
56 Ahli Politik Langgar SOP?

56 Ahli Politik Langgar SOP?

Kesemua kes pelanggaran SOP yang disebut telah berlaku antara 18 Mac 2020 sehingga 25 Ogos lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat hari ini telah mendedahkan bahawa sebilangan 56 orang ahli politik telah ditahan kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut laporan FMT, daripada jumlah itu, 22 sudah dikenakan denda.

Manakala 25 lagi kes masih dalam siasatan. Beliau memberikan jawapan itu secara bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bebas (Muar) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq telah mengemukakan soalan berhubung jumlah ahli politik yang dikesan melanggar SOP sepanjang PKP.

Kredit: Sayuti Zainudin/Malay Mail

Lapan kes diletakkan bawah tiada tindakan lanjut (NFA) dan seorang ahli politik sudah dikenakan tuduhan di mahkamah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya lagi, kesemua kes pelanggaran SOP yang disebut telah berlaku antara 18 Mac 2020 sehingga 25 Ogos lalu.

Tiada lagi layanan ‘kayangan’ – PM

Jika sebelum ini, isu tentang golongan kenamaan dilayan secara ‘double standard’ telah mula tular di antara rakyat Malaysia.

Oleh itu, Perdana Menteri yang pada ketika itu masih memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi VIP atau ‘kayangan’ selepas ini.

Golongan kenamaan, ahli politik dan selebriti perlu dikompaun serta-merta seperti individu lain di lapangan jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara ini adalah bagi mengelakkan sebarang salah faham masyarakat dan juga membuktikan sesiapa sahaja tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd