Now Reading
JAIS Beri Senarai Nama Individu Tolak Vaksin Covid-19 Kepada Sultan Selangor

JAIS Beri Senarai Nama Individu Tolak Vaksin Covid-19 Kepada Sultan Selangor

Semua individu yang terbabit itu terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Meskipun kadar peratusan vaksinasi di Malaysia dilihat semakin menaik, masih terdapat segelintir individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin Covid-19.

Oleh disebabkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyerahkan senarai nama individu yang enggan mengambil vaksin kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini (24 September).

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
(Kredit: MalaysiaNow)

Semua individu yang terbabit itu terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di Selangor.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata Sultan Sharafuddin sudah menitahkan kepadanya supaya memberikan perincian berhubung program vaksinasi khas hari ini.

Saya dititah oleh Tuanku semalam untuk melaporkan semua maklumat berkaitan program hari ini, khususnya siapa yang tidak hadir dan menolak untuk divaksin. Tuanku amat prihatin kerana kumpulan ini juga barisan hadapan dan perlu ambil tindakan sewajarnya. Tugas saya di peringkat jabatan, saya akan berbincang dengan timbalan dan pegawai saya dan kita akan merujuk semua peraturan dan tatatertib.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad melalui Berita Harian.

Secara keseluruhan, sejumlah 872 individu daripada JAIS sepatutnya hadir divaksin, namun ada yang menolaknya.

Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 146 individu hadir namun 80% daripada jumlah itu menolak untuk divaksin walaupun pegawai kesihatan cuba menasihati dan memberi penjelasan.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad melalui Berita Harian.

Menurutnya lagi, antara alasan diberikan adalah ianya berkait dengan pegangan dan pemahaman mereka. Malah, sudah dapat petisyen yang dihantar dengan hujah seperti peguam berserta lampiran kes dan kenyataan akhbar.

Walau bagaimanapun, Pengarah JKNS Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, “Bagi individu yang menolak untuk divaksin hari ini, jika terbuka hati dan berminat selepas ini, kita ada 53 klinik kesihatan dan 10 hospital di Selangor yang boleh menerima secara walk in.”


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd