Now Reading
Cadangan Kenaikan Had Pengeluaran i-Citra Akan Dikaji

Cadangan Kenaikan Had Pengeluaran i-Citra Akan Dikaji

Pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra perlu mengambil kira antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan masa hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif terbaharu oleh KWSP iaitu i-Citra yang diperkenalkan di bawah Pakej PEMULIH.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

BACA JUGA: Pemohon Boleh Mula Semak Status i-Citra

Bayaran pertama i-Citra sudah mula dikreditkan ke dalam akaun bank pada 5 Ogos 2021.

Kredit: eCentral

Kerajaan kaji semula cadangan menaikkan had pengeluaran i-Citra

Pihak kerajaan kini sedang memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh cadangan menaikkan had pengeluaran kemudahan i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata pelbagai aspek akan diambil kira termasuk bantuan disalurkan kerajaan dalam usaha meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Cadangan YB Pekan Datuk Seri Najib Razak menaikkan had pengeluaran i-Citra, kita perlu perhalusi dan kaji secara menyeluruh mengambil kira semua bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat bagi membantu ringankan beban kewangan ahli yang terjejas dalam pandemik ini.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.

Jelasnya lagi, pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra perlu mengambil kira antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan masa hadapan.

Tambahan pula, Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 10 hingga 15 tahun akan datang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd