Now Reading
Portal Home Quarantine Application (HQA) Mula Aktif Hari Ini, 21 September

Portal Home Quarantine Application (HQA) Mula Aktif Hari Ini, 21 September

Portal Home Quarantine Application (HQA) yang dibangunkan CPRC Kebangsaan KKM ini akan menguruskan setiap permohonan dengan lebih baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa pengembara yang telah lengkap vaksinasi diberi pilihan untuk kuarantin di rumah apabila mereka tiba di Malaysia.

Berikut merupakan senarai kelayakan yang perlu anda ketahui:

  • Pengembara yang lengkap vaksinasi.
  • Rumah atau tempat kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko.
  • Ujian PCR Covid-19 adalah negatif dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas.

Syarat-syarat permohonan:

  • Layari moh.gov.my untuk membuat permohonan bermula 21 September 2021 pada jam 8am.
  • Permohonan perlu dibuat 7-10 hari sebelum tarikh ketibaan di Malaysia.
  • Semua ketibaan dari 28 September 2021 dan ke atas perlu memohon melalui portal HQA.
  • Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

Ketibaan di Malaysia:

  • Menjalani ujian PCR semasa ketibaan.
  • Bawa surat kelulusan untuk Kuarantin di Rumah.
  • Pengembara yang layak akan diberikan gelang pengawasan atau penjejak digital.
  • Pengembara ini akan dikenali sebagai Person Under Surveillance (PUS) dan status ini akan tertera di MySejahtera.
  • Semua pengembara perlu kuarantin 14 hari.
  • Semua pengembara perlu melengkapkan Home Assessment Tool dalam MySejahtera setiap hari.

Manakala, pengembara dari luar negara yang telah vaksinasi boleh memohon untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman dalam tempoh 7-10 hari sebelum tiba di Malaysia.

Portal Home Quarantine Application (HQA) is now live!

Portal khas untuk pengembara dari luar negara memohon kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman telah mula diaktifkan bermula pagi ini.

Portal Home Quarantine Application (HQA) yang dibangunkan CPRC Kebangsaan KKM ini akan menguruskan setiap permohonan dengan lebih baik, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kelonggaran untuk pengembara dari luar negara yang lengkap vaksinasi untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Susulan pengumuman itu, permohonan yang diterima CPRC menerusi e-mel meningkat dengan mendadak dan melebihi kapasiti.

Bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku, CPRC telah membangunkan permohonan secara online dan dipertingkatkan lagi dengan sistem lebih mantap iaitu portal HQA.

Menurut Khairy, modul portal HQA ini sebahagian daripada modul dalam sistem e-COVID19 yang mengurus perincian pesakit Covid-19 dan berintegrasi dengan aplikasi SIMKA, e-Notifikasi dan MySejahtera.

Melalui sistem HQA ini, pegawai pemantau boleh mendapatkan semula maklumat tempat atau lokasi kuarantin untuk pemantauan pematuhan arahan kuarantin.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd