Now Reading
Kilang Biskut Hup Seng Diberi Notis Gantung Sementara Oleh KKM

Kilang Biskut Hup Seng Diberi Notis Gantung Sementara Oleh KKM

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd (HSPM) menjangkakan untuk menyambung semula operasi selepas 30 September 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Hup Seng Industries Bhd diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya menutup sementara kilang pengeluarannya bermula 5 September hingga 11 September 2021 lalu.

BACA SINI: Hup Seng Factory Shuts Down Temporarily After COVID-19 Outbreak

Menurut laporan, arahan berkenaan dibuat selepas kilang pengeluarannya dikesan sebagai lokasi penyebaran virus Covid-19.

Hup Seng menghentikan sementara beberapa bahagian operasi bagi langkah pembasmian kuman di kawasan yang terjejas.

Kredit: BERITA Mediacorp

Selepas diminta tutup sementara, kali ini Hup Seng diarah gantung operasi

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd (HSPM) iaitu anak syarikat milik penuh Hup Seng Industries Bhd baru-baru ini telah menerima notis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggantung sementara operasinya sehingga 30 September 2021.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, notis diterima syarikat tersebut yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah dekat Batu Pahat, Johor itu adalah bagi membolehkan kerja disinfeksi seluruh premis dilaksanakan.

HSPM memberikan kerjasama dan bekerja rapat dengan KKM melaksanakan langkah bagi membendung penularan Covid-19 di premis bagi melindungi keselamatan serta kesejahteraan pekerja kami.

Hup Seng kepada Bursa Malaysia.

Mengulas lanjut, penggantungan sementara operasi dijangka menyebabkan jumlah kerugian kira-kira 3% daripada pengeluaran tahunan keseluruhan kumpulan.

Pihak Hup Seng turut menyatakan bahawa penangguhan penghantaran produk kepada pelanggan tempatan dan eksport dijangka berlaku.

Oleh itu, pengurusan ketika ini sedang berbincang untuk menjadualkan semula penghantaran tempahan berkenaan.

HSPM juga menjangkakan untuk menyambung semula operasi selepas 30 September 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd