Now Reading
Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin & Dijangka Mula Awal Oktober 2021

Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin & Dijangka Mula Awal Oktober 2021

Pemberian dos penggalak ini merupakan usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tanda tanya mengenai dos ketiga vaksin kini telah terjawab apabila pihak Kerajaan Malaysia bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak.

Ianya merupakan usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu – seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, dan warga tua dengan komorbiditi.

Jelasnya lagi, dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Menurut laporan, golongan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang juga akan dipertimbangkan untuk menerima dos ketiga dahulu.

Kredit: Hyttalo Souza/Unsplash

Dos ketiga ini akan mula diberikan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%, kata PM.

Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan Covid-19 dan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya sudah mengenal pasti golongan rentan atau golongan berisiko untuk diberi keutamaan menerima suntikan dos ketiga.

Pemberian suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 dijangka akan bermula pada Oktober nanti.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd